JADILAH INSAN YANG PEKA KEPADA OKU BUKAN LGBT
Sudah berminggu-minggu lamanya. Dyuari rakyat marhaen
sampailah menteri-menteri. Kenyataan media. Perjumpaan. Mesarat. Surat
terbuka. Segala jenis medium digunakan.
Semua orang bincang pasal diskriminasi dan hak. Alangkah
baiknya jika kita mempunyai semangat dan magnitud yang sama dalam perjuangkan
hak OKU.
Di Malaysia, ada sekitar 460,000 OKU berdaftar di JKM tetapi
jumlah sebenar dijangka sekitar 3 juta orang.
Anggaran kasar ini dibuat dengan mengunjurkan jumlah rakyat
Malaysia(30 juta) dan statistik WHO yang melaporkan 10% daripada bilangan
manusia, adalah OKU.
3 juta, ramai tak?
Kita ada Akta OKU 2008, yang memperjuangkan hak OKU untuk
mendapat hak kesihatan, pendidikan, pekerjaan, aksesibiliti, pengangkutan,
kewangan dan sebagainya, namun adakah tuntutan akta ini dipraktikkan
sepenuhnya?
Tidak.
Adakah masyarakat, selain daripada OKU, sama-sama
perjuangkannya dengan lantang?
Tidak.
Pergerakan OKU masih tidak bebas kerana jawasan dan
kemudahan awam masih mempunyai masalah aksesibiliti. Pendek kata tak mesra OKU.
Ada kemudahan OKU, masyarakat pula sering salah guna. Tandas
OKU jadi stor. Meniaga di petak parkir OKU. Parkir motosikal di susur pejalan
kaki orang buta.
Pengangkutan awam masih perlukan banyak penambahbaikan
sebelum warga OKU boleh dapat nikmati kemudahan itu sepenuhnya.
Sekolah dan pusat pengajian tinggi pun masih ada yang tak
mesra OKU. Tanpa pendidikan yang optimum, masa hadapan mereka menjadi tak
menentu.
Masih ramai majikan tak mahu ambil pekerja OKU. Mereka nak
keluar cari kerja susah, nak dapat kerja susah, nak minta bantuan kewangan pun
susah.
Cuba fikirkan. Kalau kita beri pendidikan yang optimum, beri
mereka sumber pendapatan(kerja), tak perlulah mereka bergantung pada bantuan
kewangan banyak sangat. Mereka boleh berdikari.
Mereka ni tak patut didiskriminasi. Tak patut dilayan
seperti rakyat kelas kedua. Tak patut disisihkan. Tak patut dijenakakan.
ABJ: Mereka adalah 3
juta warga Malaysia yang perlu diberi hak seperti mana 27 juta yang lain. Kembalilah kepada hukum hakam.
Comments
Post a Comment