SAUDARAKU WARGA MALAYSIA
Memang benar, kedai makan dibenarkan beroperasi sepanjang perintah kawalan pergerakan, dengan syarat: makanan hendaklah dibungkus dan dibawa balik.
Hari pertama ini, kita lihat ramai ke kedai makan untuk makan di sana.
Itu terang-terang ingkar perintah. Ada juga yang cuba patuh perintah tapi tak benar-benar faham perintah tersebut.
Mereka ke kedai makan, tempah makanan, duduk tunggu di kedai tersebut tanpa penjarakkan sosial sementara makanan disediakan. Pergi sekeluarga pula tu. Itu konsep yang salah.
Cara yang betul adalah:
Hanya seorang wakil isi rumah pergi ke kedai makan, tempah makanan, kekalkan penjarakkan sosial antara individu lain di sana. Selepas dapat makanan, terus pulang ke rumah.
Perintah kawalan pergerakan ini konsepnya adalah untuk kurangkan pergerakan dan kontak antara individu, agar penularan wabak dapat dibendung. Jika tidak, ia akan jadi satu usaha yang sia-sia.
Mohon kerjasama wahai saudara-saudari.
ABJ: Untuk kebaikan kita semua.
Comments
Post a Comment