SEDARLAH WAHAI KAMU SEMUA…KENALILAH MUSUH MU !


Semua orang cakap pasal corona , Tapi tak takut kan ?
Mungkin sebab kita tak faham virus ni jahatnya macam mana ...

ABJ ceritakan secara ringkas , Dan tidak mendalam supaya semua faham .

Corona Virus , Adalah virus yang sering didapati dari “ Avian” ( Burung ) Dan juga Mamalia .

Lebih lebih lagi Kelawar .
Yang hairannya macam mana virus kelawar ni sampai ke manusia ?

Of course dari cara manusia “ Handle “ Haiwan tu sendiri . Kalau virus tu dari kelawar jangkit ke babi . selepas tu manusia yang menyediakan babi tu tadi secara mentah , dilakukan dengan cara yang tak bersih kemudian berjangkit pada manusia . Seperti biasa manusia akan berjangkit dengan manusia yang lain

Kes pertama yang dilaporkan katanya tidak terlibat dengan seafood market . Saintis masih lagi mengkaji . Bukan senang nak dapat jawapan telus

Jika dilihat pada struktur , Kedua dua virus yang menjangkiti burung dan Mamalia yang mempunya keupayaan antigen yang lebih kurang sama .

Corona Virus , Adalah Virus ( Bukan Penyakit ) Covid 19 Adalah nama penyakit jika dijangkiti Coronavirus jenis baru ni .

Co ( Corona ) Vi ( Virus ) D disease , 19 ( 2019 )

Jadi , Untuk memudahkan lagi satu dunia faham tentang kewujudan Baru jenis corona virus ni , Mereka Nama kan Sementara iaitu dengan nama Covid 19

Struktur

Jika kita lihat pada struktur , Ia berbentuk bulat Spherikal .
Diselaputi dengan Unjuran Glycoprotein sebagai Sarung / Jaket yang memberi bentuk Corona “ Crown” .. Kalau korang perasan bentuk takhta permaisuri tu . Macam tu lah bentuknya .

Corona virus ini Ada lah Single strand ( Positive Sense ) RNA .

Memang sudah lama terkenal , Coronavirus ini , Memang akan menyebabkan “ Upper respiratory tract infection “ Maknanya jangkitan salur pernafasan Atas .

Atas bermaksud Dari Hidung hingga la kerongkong dan diakhiri di Trachea . Tiub pernafasan sebelum masuk ke paru paru .

Jadi , Cara corona virus ini , Memandangkan virus ini ada glycoprotein sebagai perisai , Selain itu juga sebagai tempat melekat pada Lapisan Mukosa sel hidung hingga ke trachea .

Jadi lebih mudah untuk virus ini melekat pada sel kita .

Memang sel virus korona ni memang suka untuk musnahkan sel mukosa manusia . Seterusnya menghancurkan Cilia sel , Memudahkan lagi pergerakan virus ini untuk masuk ke dalam paru paru .

Sebab tu , Pertama kali kita dapat jangkitan ni , kita akan mula dapat demam dan selsema dahulu . Badan kita kalau dah tak boleh lawan , Makanya , cecair mukosa yang di panggil kahak mula terhasil , Dengan harapan untuk memerangkap sel sel virus ni dan diludah keluar agar tak mengjangkiti sel sel pernafasan . Masa tu kau akan mula batuk

Dengan itu sekali gus akan menyebabkan airway obstruction , Iaitu sekatan pada salur pernafasan dan juga radang pada sel sel salur pernafasan , Dan memudahkan lagi virus merebak . Apa jadi pada kita bila ada airway obstruction ni?

Masa tu lah kita sesak nafas , Dan malangnya virus dah berjaya sampai ke paru paru

Sebab tu lah , Kajian mengatakan , Hari ke 4 Selalunya mula timbul rasa sesak nafas tu .

Dan sesak nafas akan lebih teruk selepas hari ke 4 , Kerana sel sel virus ini sudah pun berjaya melekat pada sel sel paru paru , Yang mana akan merosakkan sel paru paru lalu menyebabkan fibrosis , Bila sel paru paru mula mengeras , Dan tak lembut macam dulu lagi

Bila sel paru paru dah mengeras , Maka lebih susah lah pertukaran oksigen dilakukan . Medium basah tidak ada lagi , Yang ada hanya sel keras yang tak berfungsi

Hari demi hari , Sel paru paru , Akan semakin mengeras , Dan gagal berfungsi sebagai organ pernafasan .

Dan pada saat itu , Ventilator di ICU pun tak dapat nak bantu , Ventilator dah masukkan Oksigen , Tetapi paru paru sendiri yang tak boleh nak serap ...
-Habis tu macam mana badan kita nak dapat oksigen kan ?
-Jadi bila badan kita semua tak dapat oksigen , Maka , Otot diaphragma dan Otot interkostal yang berfungsi untuk mengengbang dan menguncup untuk memboleh kan kita bernafas , Akan mula keletihan , Dan akan mengalamai kegagalan
-Ddan Pada saat itu lah ..

Kita ada akan di “ Announce “ kematian .

Tuan tuan , Virus ini amat dasyat , walaupun menyerupai virus corona seperti Sars Dan Mers Co v sebelum ini ,

Namun , Saintis masih mengkaji ,
Apa yang membuatkan , Jangkitan Covid Ini semakin laju merebak .

Mutasi Virus ini amat hebat
Satu kekuatan virus baru yang bisa menggoncankan dunia

Saintis pun tengah garu kepala .Menggelabah sana sini cari penawarnya ..

Kita yang di rumah , Masih lagi tak sedar diri , Masih lagi nak terdedah dengan Virus Jenis Ini .

Ya allah ,Tolonglah tamatkan Peperangan virus ini .

Sebab tu lah Perdana Menteri sanggup merayu korang semua di kuarantin di rumah .
-Sampai kerah bantuan pihak polis .
-Tapi yang terbaru perlu bantuan pihak tentera .
-Tak berbaloi la nak bersesak dekat luar sana ,

Yakin ke Mask 2 ringgit harga yahudi tu boleh protect korang ?

Tak nampak ? Betapa tebalnya baju kalis virus yang dipakai oleh pihak hospital ?

Takut kan Virus Baru ni ?
Ujian Dari Allah supaya makhluk dunia ni mula sedar .

Adalah hikmahnya tu .

Ubat ? Apa rawatan covid ni ?

Dekat hospital apa yang kita mampu buat adalah rawatan simptomatik saja .

Maknanya , Kita hanya mampu rawat simptom , Kalau sesak nafas kurang oksigen , Doktor akan supply oksigen , Sebaliknya bergantung kepada badan dan antibodi pesakit itu sendiri melawan virus covid .

Terhad kan ilmu manusia ?
yes ... Sebab tu lah para saintis setiap tahun tak berhenti mengkaji fenomena wabak virus ni , Virus lama dah senyap , Virus baru pulak yang muncul .

Kita yang tak faham dirumah ni , Bukan aku suruh jadi saintis , Cuma praktikan kebersihan saja , Dan kalau boleh ikutlah Arahan KKM buat masa sekarang ni .

Tak Ada Antivirus atau Vaksin lagi !
Itulah yang ditakutkan satu dunia .
Sedar lah wahai kamu semua . kenali lah musuh mu !

ABJ: Kepada barisan hadapan . Thanks for keeping us alive until today.

Comments

Popular posts from this blog

21 SOALAN BUAT TAN SRI DZULKIFLI AHMAD

TAHNIAH DATUK SERI TUN ABD. MAJID

RASUAH POLITIK DAN POLITIKKAN RASUAH