TIKUS JATUH KE BERAS?
Apa sebenarnya yang mereka mahu? Itulah persoalan yang bermain di fikiran…
Teknik pengecut yang masih subur di kalangan orang politik untuk menyerang agensi penguat kuasa di negara ini… Dan biasanya ia akan datang dengan label-lebel negatif.
Kepada semua penyokong politik..tidak kiralah sesiapapun… Kalau benar semua benci rasuah dan salah guna kuasa serta ada dalam kalangan mereka sering menggambarkan merekalah paling bersih di muka bumi Allah ini, kenapakah mahu mengganggu dan mempersoalkan tugas SPRM?
Mungkin kerana kebosanan di dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) maka ada penyokong politik mula menyalak mengkritik SPRM sana sini tetapi tidak satu pun bukti diberikan.
Mereka seolah-olah menjadi hero kononnya mereka sajalah yang pandai menyelesaikan isu mengikut selera politiknya…
Dituduh pula agensi penyiasat berkaitan ‘tikus’…
ABJ sangat yakin setiap siasatan yang dibuat oleh SPRM atas kepentingan awam dan bukan menyasarkan pihak tertentu yang kita yakin bukan niat sebenar SPRM untuk berbuat demikian kerana ia perlu dilihat bebas tanpa campur tangan pihak tertentu.
Setiap penyiasatan perlukan maklumat lengkap bukannya tomahan semata-mata…sertakan bukti
Tidak perlu membuat kenyataan yang seolah-olah mahu memperkecilkan kewibawaan dan kemampuan agensi tersebut.
Kita juga seharusnya faham SPRM tidak seharusnya dikaitkan dengan mana-mana entiti politik.
Atau mungkin kebebalan orang-orang politik memang amat sukar untuk dipulihkan.
Sebabnya mungkin orang-orang politik memang sengaja memilih untuk jadi bebal.
Benda yang tidak pelik dalam dunia politik…
Peranan orang-orang politik yang sepatutnya menyampaikan berita sahih dan mendidik masyarakat, tapi kini lebih suka mengapi-apikan orang ramai dengan cerita rekaan...
Tindakan menghentam SPRM adalah sesuatu yang tidak logik.
ABJ: Raya yang sita barang-barang Bosskurr dulu polis..bukan SPRM??? Salah fakta lagi… Alamak!!! siapa kong kali kong ni…
Comments
Post a Comment