Posts

APABILA MEREKAYASA FITNAH RASUAH JADI MODAL POLITIK

Image
Hampir setiap hari muka hadapan akhbar-akhbar utama di Malaysia panas membicarakan isu politik. Yang uniknya di Malaysia, hampir semua kejadian yang berlaku dikaitkan dengan politik dan dijadikan modal untuk menyerang satu sama lain. Telah menjadi resam politik di seluruh dunia, serangan bersifat peribadi bagi menjatuhkan imej dan kredibiliti musuh-musuh politik semakin menjadi-jadi. Apa yang membezakan senario politik di Malaysia berbanding negara-negara maju ialah kempen dan serangan bermotifkan politik ini tiada musimnya. Dalam erti kata lain, ia berlaku hampir sepanjang masa tidak mengira pilihan raya atau hari raya atau terjumpa hantu raya. Hari ini rasuah dan politik ibarat isi dengan kuku. Sudah menjadi kelaziman apabila menyebut politik pasti dirantai dan dikaitkan dengan   rasuah. Menyentuh isu imej dan kredbiliti pemimpin atau parti politik pula, rasuah merupakan senjata bahaya yang mampu meragut pemimpin dan kepimpinan yang ada. Ada tiga strateg...

BILA WIRA BEBAL DAN SETIA MELULU???

Image
Gladiator adalah wira-wira bebal dan bodoh yang dilagakan seperti haiwan oleh tuannya. Pemikiran feudal yang diwariskan kepada orang Melayu ialah setia membuta tuli kepada golongan elit Melayu. Era neofeudalisme   sebenarnya mempunyai pemikiran feudal yang lebih dahsyat berbanding era feudal sendiri. Elit Melayu daripada golongan politik menuntut rakyat setia membuta tuli kepada mereka. Sebabnya selepas berakhirnya era feudalisme, bermula pula era baru neofeudalisme di mana tempat pembesar-pembesar feudal digantikan dengan golongan elit yang berpengaruh dan berkuasa dalam dunia politik.   Mereka inilah yang menyuburkan   sikap dan pemikiran konservatisme feudal dalam kalangan rakyat untuk mengekalkan kuasa. Dulu pembesar-pembesar feudal menonjolkan wira dalam kalangan orang Melayu yang tidak mempunyai pemikiran atau pandangan dunia yang luas terhadap keadilan sosial. Kerana kecetekan pemikiran dan   bebal   mudahlah   pembesar feudal menga...

ANTARA BAIK, LEMAH, BERKESAN DAN TIDAK BERKESAN

Image
Banyak perbezaan antara pemimpin yang baik dan pemimpin lemah, dan terdapat banyak perbezaan antara pemimpin yang berkesan dan yang tidak berkesan. Satu perbezaan utama adalah cara individu menangani kesilapan mereka dan kesilapan ahli pasukan dan organisasi mereka. Tiada siapa yang sempurna; kita semua membuat kesilapan dari semasa ke semasa. Sering kali, ia bukanlah kesilapan sendiri yang melemahkan kredibiliti pemimpin; Walau bagaimanapun, responnya atau kekurangannya  untuk kesilapan itu boleh (dan tidak) dengan ketara menjejaskan kredibiliti beliau. Pemimpin boleh memupuk banyak kebaikan yang hebat, dan ada yang berharap bahawa orang lain akan melabelkan mereka sebagai pemimpin yang hebat atau berkesan. Walaupun kepimpinan tidak sinonim dengan jawatan atau kedudukan, ramai di antara kita bercita-cita untuk menjadi pemimpin, ketua, eksekutif, penyelia dan / atau pengurus, dan ramai juga yang berjaya mencapai cita-cita mereka. Sungguhpun kejayaan men...

RIZA BEBAS ‘HADIAH’ DARI SIAPA?

Image
AMARAN KERAS: ini bukan tulisan politik tetapi adalah tulisan untuk menilai bagaimana kita menerima dan mengkaji sesuatu dari sudut fakta. Isu pembebasan tanpa dilepaskan anak tiri DS Najib Razak, Riza Abdul Aziz daripada tuduhan penggubahan wang haram bernilai AS$248 juta (RM1.25 bilion) sebagaimana yang diumumkan minggu lalu, terus menjadi pertikaian ramai. Pada mulanya, pembebasan Riza itu dimaklumkan oleh DS Gopal Sri Ram yang merupakan Timbalan Pendakwaraya Kanan kes tersebut. Katanya, ia adalah berikutan suatu persetujuan telah dicapai antara pihak pendakwa dengan tertuduh di mana Kerajaan Malaysia akan menerima sejumlah wang daripada penyelesaian tersebut. SPRM dalam kenyataan medianya kemudian mengumumkan bahawa jumlah wang yang akan diterima oleh Kerajaan Malaysia daripada penyelesaian itu adalah berjumlah AS$107.3 juta atau RM465.3 juta. Tertuduh juga dikehendaki membayar sejumlah kompaun kepada kerajaan sebagaimana dibenarkan di bawah Seksyen 92 Ak...

LUKIS PUN MASIH KONPIUS BOSSKURR

Image
Dah lama  rasanya tidak  menulis pasal 1MDB. Hari ni ternampak tulisan DS Najib Razak mengenai kes Rriza Aziz. Terkejut baca kerana tulisannya penuh dengan putarbelit dan perkara yang tak betul. Dan bila scroll lagi, rupanya dah ada banyak tulisan dia mengenai 1MDB yang penuh dengan putarbelit.... Wow. Faktanya adalah duit yang masuk ke akaun syarikat Red Granite Capital (milik Riza Aziz) yang berasal dari 1MDB tidak ada kena mengena dengan sebarang pelaburan dari mana-mana syarikat atau pihak. Tidak ada sebarang perjanjian pelaburan diantara Red Granite mahupun Riza Aziz dengan Aabar ataupun AL-Husseiny ataupun IPIC ataupun 1MDB. TIDAK ADA SEBARANG PERJANJIAN PELABURAN. Tidak ada sebarang pembayaran balik pelaburan kepada syarikat-syarikat yang disebut diatas. Tidak ada pembayaran balik pulangan pelaburan kepada Aabar atau Alhusseiny atau IPIC atau 1MDB. Balance sheet bagi syarikat Red Granite Pictrures dan Red Granite Capital menunjukkan tidak ada sebara...

RAMADAN KALI INI…

Image
Usaha mengekang pandemik Covid-19 kini memasuki frasa ke-3 dan bilangan korban terus meningkat. Kita hanya mampu berusaha sebaik bagi melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 18 Mac dan kini dilanjutkan hingga 28 April depan. Berbezalah suasana Ramadan kita kali ini. Tiada siapa yang mengetahui. Mungkin kali ini, kita diinginkan supaya mengimarah rumah-rumah sendiri yang sekian lama tiada solat berjemaah dan sunyi tanpa kedengaran alunan merdu al-Quran. Sesungguhnya kita semua sedang diuji oleh Allah SWT dan ujian-Nya datang dalam pelbagai bentuk termasuklah pandemik Covid-19. Sebaiknya langkah terbaik membendung wabak Covid-19 ini adalah dengan kita kembali menghayati ajaran Islam yang merupakan Addin atau cara hidup atau jalan menuju kejayaan dunia dan akhirat. Pada masa sama, Islam mendidik umatnya mentaati ulil amri atau pemerintah terutama dalam soal menjaga nyawa dan harta. Marilah kita patuh kepada PKP untuk mengelak kita ...

SIAPA PENCURI, SIAPA PENIPU?

Image
Pemulangan AS$300 juta (kira-kira RM1.3 bilion pada kadar tukaran semasa) kepada Malaysia adalah prerogatif kerajaan Amerika Syarikat. Ini adalah duit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dicuri oleh pelbagai orang… Wang ini dirampas oleh Jabatan Kehakiman Amerika (DoJ) di bawah inisiatif KARI (Kleptocracy Asset Recovery Initiative). Dalam bahasa yang mudah ia adalah daya usaha dapatkan balik duit negara yang dicuri oleh pemerintahnya sendiri. Siapakdan pemerintah kleptokrasi yang curi duit negara itu? DoJ melabelkannya Malaysian Official 1 (Pegawai Malaysia 1). Oleh sebab duit curi 1MDB itu telah dipulangkan dan dengan rasmi menerimanya, maka rasmi jugalah hakikat bahawa kerajaan mengakui duit itu duit curi. Apabila ada duit yang dicuri tentulah ada yang mencurinya. Maka dengan menerima balik duit curi yang dipulangkan oleh Amerika itu, bertambah kukuhlah kes terhadap semua orang yang terlibat mencuri dan menerima duit itu. Walaupun kerajaan Perika...