Posts

Showing posts from August, 2018

DERITA DI BALIK TAWA

Image
Kadang-kadang orang yang kita lihat selalu happy, selalu senyum, suka gembirakan orang, suka tolong orang, muka pun macam takde masalah je... Sebenarnya dia lah orang yang paling banyak menanggung derita, kesedihan dan membawa hati yang terluka... Maybe dia tak mahu orang sekeliling nya risau, maybe dia tak suka meraih simpati manusia. Dan untuk mengubati hati, dia cuba tak susahkan hidup orang lain, bahagiakan orang disekelilingnya, tolong mana yang termampu, bekorban diri agar orang lain tidak rasa seperti dia rasa... Sebab hanya orang yang pernah lalui keperitan, kesusahan, penderitaan je yang faham apa itu derita... Derita itu mudah dilafaz untuk kita tunjukkan rasa simpati, namun hanya bahu yang pernah memikulnya itu lebih mengerti penderitaan hakiki... Tak mengapalah, hidup kat dunia ni bukan lama pun... Biar manusia tak tahu, tapi Allah tahu hati kamu... Malaikat mencatit amalan baik kamu, kelak amalan baik kamu itu menjadi peneman di dalam kubur... ABJ: Se...

PERGI HAJI

Image
Khas untuk rakan-rakan yang akan pergi menunaikan Haji, selamat beribadat. Jagalah kesihatan dan turutilah aturcara mutawwif dan para petugas Tabung Haji semasa disana. Mereka arif tentang keadaan di Makkah, Madinah, Arafah dan Mina itu semasa musim Haji ini. Di kemuncaknya nanti, iaitu dari beberapa hari sebelum Wukuf hinggalah selesai hari-hari Tasyrik, akan ada berjuta orang disekitar Makkah, Arafah dan Mina itu. Banyaklah bersabar dan cuba elakkan bergerak bersendirian. Sekali lagi, selamat beribadat dan moga anda semua kembali ketanahair dengan selamat. ABJ: Semoga ALLAH permudahkan segala urusan sepanjang di sana..

JADILAH INSAN YANG PEKA KEPADA OKU BUKAN LGBT

Image
Sudah berminggu-minggu lamanya. D yu ari rakyat marhaen sampailah menteri-menteri. Kenyataan media. Perjumpaan. Mesarat. Surat terbuka. Segala jenis medium digunakan. Semua orang bincang pasal diskriminasi dan hak. Alangkah baiknya jika kita mempunyai semangat dan magnitud yang sama dalam perjuangkan hak OKU. Di Malaysia, ada sekitar 460,000 OKU berdaftar di JKM tetapi jumlah sebenar dijangka sekitar 3 juta orang. Anggaran kasar ini dibuat dengan mengunjurkan jumlah rakyat Malaysia(30 juta) dan statistik WHO yang melaporkan 10% daripada bilangan manusia, adalah OKU. 3 juta, ramai tak? Kita ada Akta OKU 2008, yang memperjuangkan hak OKU untuk mendapat hak kesihatan, pendidikan, pekerjaan, aksesibiliti, pengangkutan, kewangan dan sebagainya, namun adakah tuntutan akta ini dipraktikkan sepenuhnya? Tidak. Adakah masyarakat, selain daripada OKU, sama-sama perjuangkannya dengan lantang? Tidak. Pergerakan OKU masih tidak bebas kerana jawasan dan kemudah...

TACTICAL 2018 - CHARACTER ASSASINATION

Image
SPRM dirombak? Kecoh betul berita ini. Dua nama yang dicalonkan sebagai KP SPRM kembali dicanang. Tapi apakah motif berita tersebut? Zaman maklumat terbuka ni, tak kira lah siapa anda. Janganlah nak sembang sangat, manipulasi isu, berlagak bijak… Semua orang pun mampu bertukar jadi penyiasat persendirian level Detective Conan.. Dan bila dah kantoi, kuasa viral yang kita anggap seperti mata pedang yang tajam digunakan untuk menjatuhkan nama baik dan kredibiliti organisasi itu… ABJ: Siapa sebenarnya DS Sharuddin Khalid dan Datuk Idris Zaharuddin??? Sekutu TS Ali Hamsa ke??? Sekadar bertanya. Jangan sampai salah tactical!!!

MP PASIR SALAK TAJUDDIN RAHMAN DIBERI KONSESI RM1.3 BILION

Image
Dato’ Tajuddin Rahman, ahli Parlimen Pasir Salak yang didapati menerima anugerah konsesi RM1.3 bilion untuk membina UiTM Tapah, walaupun syarikat miliknya (Detik Utuh Sdn Bhd) bukanlah syarikat pembinaan yang aktif dan mempunyai rekod prestasi yang baik. Merujuk kepada pengumuman yang dibuat kepada Bursa Malaysia, rakan kongsi yang juga merupakan syarikat pembinaan sebenar dalam projek ini iaitu Crest Builder Holdings Berhad mengumumkan bahawa projek itu dimiliki secara bersama oleh Crest Builder Holdings Berhad (51%) dan Detik Utuh Sdn Bhd (49%) melalui syarikat pegangan khas bernama UniTapah Sdn Bhd. Kos pembinaan UiTM Tapah hanyalah RM285 juta tetapi Unitapah diberikan konsesi selama 23 tahun untuk membina dan menyenggara kemudahan universiti itu pada jumlah RM1.3 bilion sepanjang tempoh itu. Kadar bayaran kepada Unitapah oleh Kerajaan Malaysia adalah seperti berikut: • Bayaran tetap penyediaan bangunan – RM4.50 setiap kaki persegi setiap bulan. • Bayaran pen...

JANGAN RIAK DENGAN AMALAN

Image
Jangan yakin sangat kamu dapat masuk syurga jika kamu rasa kamu seorang yang sangat taat pada Allah sedangkan kamu nampak baik sebab Allah tutup aib kamu..  Kamu pandang hina dosa orang lain sedangkan kamu sendiri tidak tahu bagaimana pengakhiran hidup kamu... Iblis dilaknat Allah dan dijanjikan neraka Allah ketika dia dipuncak ahli ibadat yakni ketua kepada semua malaikat.. Inikan pula kamu sekadar manusia biasa hamba yang hina.. Cukup² lah merasa diri tu baik, rasa diri suci takde dosa.. Kerana itulah penyebab Azzazil seorang ketua malaikat yang paling Allah sayang jadi seorang yang paling Allah murka dan jadi penghuni neraka buat selamanya.. Jangan pandang hina orang yang pernah buat banyak dosa, kadang-kadang, orang yg banyak buat dosa pada masa silam lah yg jadi antara orang yg paling taat pada perintah Allah di kemudian hari.. who knows.. ABJ: Kuasa Allah...

KE GARISAN, SEDIA, MULA....

Image
Jangan takut kepada sesuatu yang kau sendiri tak pasti... Kau tidak akan tahu sesuatu perkara yang kau mampu buat, selagi kau tidak memulakan langkah untuk melakukannya... Setiap kejayaan yang besar itu bermula dari satu langkah yang kecil... Bila terlalu banyak fikir kau akan jadi lost dalam pemikiran kau sendiri... Bukan bermakna kau tak perlu merancang, tetapi ia perlulah disertakan dengan tindakan... Ya, tindakan itulah yang membezakan sikap orang yang berjaya... Jika jatuh, bangun lagi, dan lagi... Gagal dalam perjalanan itu bukanlah kegagalan hakiki dalam kamus hidup orang berjaya, tetapi kau gagal bila kau berhenti melangkah dan putus asa dalam usaha mencapai impian kau... Orang negatif akan jadikan gagal itu sebagai beban dan alasan untuk tidak melakukan perubahan dan usaha.. Tapi orang positif akan gunakan pengajaran dalam kegagalan itu sebagai tangga untuk mendaki sehingga ke puncak kejayaan... ABJ: Teruskan langkahmu kawan...

UMNO PARTI MAIN 'SEMBUNYI-SEMBUNYI'

Image
Jumpa duit dalam pejabat- duit UMNO. Jumpa duit dalam rumah - duit UMNO. Jumpa duit dalam akaun - duit UMNO. Pengawal curi duit, itu pun duit UMNO. Banyak Sungguh duit UMNO… Terbaru, Bekas Perdana Menteri, DS Najib Razak akan di soal SPRM lagi berikutan kenyataannya yang RM3.5 juta yang diberitakan hilang dari pejabat perdana menteri itu adalah wang UMNO. Tapi orang UMNO sendiri pula kata mereka tidak tahu-menahu tentang wang tersebut. Banyak betul nampaknya perbuatan DS Najib sewaktu dia PM dan presiden UMNO yang tidak diketahui partinya. Terutamanya yang berkaitan wang ringgit yang amat besar jumlahnya. Akhirnya, seluruh parti itu ditolak rakyat. ABJ: Siapalah adviser 'belakang tabir' untuk ajar Najib cara-cara ghaibkan wang???..Adakah salah seorangnya bernama TS Dzulkifli Ahmad?

BILA TERTUDUH MULA BERSUARA

Image
DS Najib, bekas PM yang kini sedang bebas dengan ikat jamin mahkamah, kata penyelesaian hutang IPIC adalah lebih penting dari kejayaan membawa kapal mewah Equanimity ke Malaysia. Hutang IPIC itu berbillion ringgit jumlahnya. Kapal yang Najib kata beliau tidak pernah jejak kaki kedalamnya itu juga harganya mencecah RM1 Billion. Duit itu dipercayai dari 'songlapan' keatas 1MDB. 1MDB itu pula adalah dana pelaburan Malaysia yang diilhamkan oleh Najib sewaktu dia menjadi perdana menteri. Dana itu telah mengalami kegagalan yang terlampau hingga tak pasal-pasal negara terpaksa menanggung hutang puluhan billion ringgit. Sejumlah dari hutang berbillion ringgit itu adalah hutang pada IPIC itu lah. Jadi sebenarnya biarpun kapal mewah itu, mahupun hutang IPIC itu, Najib ini nampaknya amat layak berkata yang mana satu yang perlu diselesaikan dahulu. Kerana semua keadaan bercelaru ini akar-umbinya terletak pada dana 1MDB yang diilhamkan oleh bekas PM yang kini bebas den...

FITNAH AKHIR ZAMAN

Image
Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan tipuan. Pada waktu itu si pendusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan dusta. Pengkhianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berkesempatan berbicara (cuba membetulkan) hanyalah golongan “Ruwaibidhah”. Sahabat bertanya “Apakah Ruwaibidhah itu wahai Rasulullah?” Nabi SAW menjawab “Orang kerdil, hina, dan tidak mengetahui bagaimana hendak mengurus orang yang ramai” (HR Ibnu Majah) Allahu.. Takutnya bila tengok manusia zaman sekarang gunakan media all out untuk memanipulasi pemikiran manusia menyampaikan berita separa benar atau viral dengan isu kontroversi. Hingga masyarakat keliru mana yang benar mana yang batil. Walhal apa yang kita lihat pada zahir, tak semestinya benar pada hakikatnya.. Fitnah, adu domba, dah jadi seakan makanan harian.. Dan yang memberi komen pula senang hati menghukum wal...

NAJIB TERIMA RM42 JUTA HASIL AKTIVITI HARAM?

Image
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berdepan tiga lagi pertuduhan menerima wang berjumlah RM42 juta hasil daripada aktiviti haram yang mana wang itu milik SRC International Sdn Bhd, dalam dua akaun miliknya, empat tahun lepas. Najib, 65 tahun, mengaku tidak bersalah selepas ketiga-tiga pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini. Bagi pertuduhan pertama hingga ketiga, Najib didakwa telah menerima wang masing-masing berjumlah RM27 juta, RM5 juta dan RM10 juta yang merupakan hasil daripada aktiviti haram, melalui Real Time Electronic Transfer of Funds and Securities (RENTAS) dalam dua akaun AmIslamic Bank Berhad miliknya bernombor 2112022011880 dan 2112022011906. Beliau dituduh melakukan kesemua kesalahan itu di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan AmBank Group, No. 55, Jalan Raja Chulan di sini antara 26 Dis 2014 dan 10 Feb 2015. Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram,...

BILA ORANG TAK BELI BARANGAN KITA, JANGANLAH MARAH…

Image
Ada rakan-rakan bertanya tentang langkah Kementerian Pelajaran memberhentikan langganan akhbar Utusan Malaysia. ABJ rasa ada terbaca yang pihak kementerian mengambil keputusan tersebut kerana hendak menjimatkan kos. Lagipun, kepada yang nak terus membaca Utusan mereka boleh baca versi online. Jika ada sebab lain, itu ABJ tak tahu lah. Apa yang ABJ tahu ialah akhbar ini adalah satu barangan pengguna ( consumer goods ). Dari segi komersial ia tidak ada bezanya dengan sebuah kereta mahupun satu tiub ubat gigi. Sekarang ini ubat gigi ada macam-macam jenama dan dalam satu jenama itu pula ada macam-macam perbezaan lagi. Ada yang untuk putihkan gigi, ada yang untuk jaga kesihatan gusi, untuk kuatkan gigi, yang mahal dan yang murah, dan seribu satu macam lagi. Bila kita nak beli ubat gigi ini, kita pilihlah yang menepati kehendak kita. Jika kita pilih ubat gigi jenama Colgate, jenama lain tak boleh lah kata kita telah menganiaya Jenama Darlie misalnya. Jenama Darlie i...