Posts

Showing posts from May, 2018

SERUMIT MENYIASAT SKANDAL 1MDB?

Image
Diam tak diam dan tanpa kita sedari, siasatan pihak polis yang dipantau pasukan petugas khas terhadap bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad atas dakwaan mempunyai hubungan terlarang dengan wanita yang dikatakan sudah bersuami, dibuka semula. Menurut sumber, sebelum ini tiga kertas siasatan telah diserahkan oleh pihak polis kepada Peguam Negara namum dipulangkan semula bagi tujuan siasatan lanjut. Tahun lepas, beberapa video mengenai Dzulkifli tersebar luas dan ada laporan polis dibuat mengenainya, beliau kini disiasat di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan iaitu memikat wanita yang sudah bersuami bagi tujuan persetubuhan haram. Dalam hal ini, kenapa dlulu ditutup? Apa agaknya siasatan yang tiada bukti oleh polis? Agaknya kes ini terlalu rumit, melebihi kes jenayah lain yang biasa disiasat oleh pihak polis, malah mungkin menyamai skandal 1MDB dan sebab itulah kes yang ditutup dibuka semula selepas tiga kali kali kertas siasatan dipulangkan semula ...

5 SKANDAL MINDEF WAJIB SIASAT

Image
Pelantikan Mohamad Sabu sebagai Menteri Pertahanan yang baru adalah satu perkembangan yang baik dalam demokrasi negara ini. Beliau yang mesra dikenali sebagai Mat Sabu amat lantang mempersoalkan salah laku dan pembaziran wang yang berlaku semasa era Umno-BN sebelum ini. Sudah pasti, amalan pembaziran wang dan salah guna kuasa dalam tadbir urus sebelum ini perlulah diberikan siasatan penuh agar dapat dibentuk polisi pengurusan baru di dalam Kementerian Pertahanan (Mindef). Skandal RIV Menteri Pertahanan perlu membuka kembali fail siasatan kes pembelian beberapa unit Rapid Intervention Vehicle (RIV) yang pernah mendapat perhatian Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang telah membuat teguran berkenaan harga yang terlalu mahal. Dilaporkan bahawa harganya adalah RM690,000.00 seunit sedangkan baginda Sultan pernah membelinya dengan harga RM150,000.00 sahaja. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku menteri pertahanan pada waktu itu turut berjanji akan membuka...

1MDB SKANDAL KEWANGAN TERBESAR DUNIA

Image
Cerita-cerita 1MDB sejak ianya bermula pada 2009 yang cebisan-cebisannya kita baca dari masa ke semasa - disatukan dalam satu laporan yg diterbitkan oleh The Guardian (diterjemahkan ke BM). Sebuah laporan yang panjang tetapi "eye-opener" yang selama ini dikekang oleh pihak yang berkuasa sebelum ini* Pada 22 Jun 2015, Xavier Justo, bekas pegawai bank Swiss berjalan menuju ke pintu hadapan hotel butik baru miliknya di Koh Samui, sebuah pulau tropika Thailand. Dia telah menghabiskan masanya sejak tiga tahun lalu untuk mendirikan kompleks chalet dan apartmen mewah yang dibina menghadap laut. Justo mahu memulakan operasi hotelnya namun dia masih belum memiliki lesen. Lelaki itu telah berada di Thailand sejak 4 tahun yang lalu, selepas dia meninggalkan dunia perbankan di London. Pada tahun 2011, dia bersama teman wanitanya, Lauren bermotosikal mengelilingi negara itu. Dua tahun selepas itu, mereka berdua berkahwin di sebuah pantai terpencil yang indah. Pasangan itu ke...

JANGAN LAYAN ZAHID HAMIDI

Image
Sebagaimana yang dilaporkan media, Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi meminta pihak polis memulangkan wang yang dirampas oleh pihak polis dari kondo mewah yang didiami oleh anak Najib Razak yang dikhabarkan berjumlah RM120 juta. Alasan Zahid berbuat demikian ialah kerana mendakwa wang tersebut merupakan lebihan daripada sumbangan dana kempen pilihanraya umum yang lalu. Kata beliau lagi, UMNO amat memerlukan wang tersebut bagi keperluan membina semula parti yang baru kalah dan hilang kuasa baru-baru ini. Hello Zahid Hamidi, benarkah wang tersebut merupakan lebihan   dana kempen pilihanraya? Jika ia merupakan dana pilihanraya, mengapakah wang itu tidak ditemui di kediaman peribadi Najib di Jalan Duta atau di Seri Perdana? Mengapakah ia ditemui di kondo mewah anaknya? Kalau ia dana pilihanraya juga, mengapa Najib tidak menyerahkan lebihan wang itu kepada Bendahari UMNO atau menyimpannya di ibu pejabat UMNO? Persoalan juga, jika ia dana pi...

FAKTA HUTANG RM1 TRILION MALAYSIA

Image
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng membidas bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang dituduh menyamun duit rakyat kerana cuba menyangkal pengumuman kerajaan bahawa hutang negara sekarang berjumlah RM1 trilion. Najib dilaporkan berkata kenyataan itu “hanya akan menimbulkan keraguan terhadap pasaran kewangan, mengejutkan agensi penarafan kredit dan menjejaskan keyakinan pelabur dalam institusi negara seperti Bank Negara Malaysia.” Kenyataan Lim Guan Eng “Izinkan saya mengambil kesempatan ini untuk menerangkan liabiliti bernilai RM1 trilion pada 31 Dis, 2017, seperti yang diumumkan sebelum ini. “Pertamanya, hutang kerajaan persekutuan adalah RM686.8 bilion iaitu 50.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). “Selain itu, kerajaan juga perlu membayar jaminan kerajaan kepada pelbagai entiti yang gagal untuk membayar hutangnya. “Jumlah ini adalah sebanyak RM199.1 bilion (14.6 peratus daripada KDNK). “Antara jaminan itu melibatkan entiti seper...

DATUK SERI SHUKRI DIUGUT GARA-GARA SIASAT SKANDAL 1MDB DAN SRC?

Image
Pendedahan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Shukri Abdull baru-baru ini bahawa beliau terpaksa meninggalkan Malaysia kerana merasakan nyawanya terancam ketika mengetuai siasatan ke atas skandal kewangan berkaitan SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB, 3 tahun lalu benar-benar menggemparkan negara. Kenyataan Datuk Seri Shukri itu membuktikan bahawa Malaysia pernah di tadbir ala mafia atau gangster. Semenjak negara ini merdeka sehingga sekarang, belum pernah kita mendengar ada pemimpin melakukan tindakan luar batasan kuasa terhadap kakitangan awam sebagaimana yang berlaku dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini. Tindakan seperti ini begitu melampau dan tidak mungkin dapat dimaafkan begitu sahaja. Semestinya rakyat yang mengikuti perkembangan beliau merasa sedih dan dukacita bagaimana beliau dilayan sedemikian sedangkan beliau dan SPRM berusaha keras mahu menegakkan kebenaran dan menyelamatkan negara. Sebagai r...