Posts

Showing posts from June, 2018

SELEWENG DANA YAYASAN: NAKHODA BARU UMNO KENA MENGADAP SPRM?

Image
Akhirnya UMNO mendapat nakhoda baru selepas kapal mereka berlabuh akibat dibadai pengundi pada pilihan raya umum (PRU) lalu. Keputusan itu sekali gus menjulang Ahli Parlimen Bagan Datuk itu yang sebelum ini menjalankan tugas pemangku Presiden UMNO sebagai Presiden UMNO kelapan. Tetapi malangnya, hari ini juga SPRM telah mengesahkan akan memanggil seorang pemimpin tertinggi UMNO, berkaitan kes penyelewengan wang milik sebuah yayasan. Dikatakan, pemimpin itu adalah antara yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan Presiden UMNO hari ini. Malah siasatan dijalankan SPRM sejak awal tahun ini mendapati pemimpin tinggi UMNO itu telah menyalahgunakan wang sebuah yayasan, di mana   beliau menjadi pengerusi. Beliau disyaki menggunakan lebih RM800,000 dana yayasan tersebut untuk membayar kad kredit miliknya dan isterinya. SPRM dipercayai berjaya mengesan beberapa dokumen yang mencatat maklumat transaksi pembayaran untuk diri dan isteri pemimpin itu. Peny...

MUNAFIK SI PEMAKAN DEDAK

Image
Terbaca dalam banyak posting pro DSN berkenaan tindakan SPRM membekukan akaun UMNO kerana disyaki terlibat dengan penyelewengan dana 1MDB. Malah masih ada sisa baki  “troll” (pengacau) dan laskar siber yang menikmati sisa-sisa serbuk dedak  sehingga sanggup menabur fitnah kepada SPRM. Nampaknya tiada keinsafan langsung di dalam hati troll dalam kemelut jijik yang tercetus akibat kelemahan DSN dan UMNO, mereka lebih rela menjadikan SPRM dan kepimpinan agensi itu sebagai mangsa fitnah. Mereka yang jujur, ikhlas dan benar-benar berkhidmat untuk negara serta tiada kepentingan peribadi atau terghairah dengan dedak, jika berada di kedudukan TS Abu Kassim, DS Shukri Abdull dan DS Azam Baki , pasti akan turut merasa kecewa. Ia seolah-olah memperlihatkan usaha gigih dan kejujuran mereka terhadap negara langsung tidak diambil kira. Siang malam siasatan dijalankan. Sudahlah  sebelum ini, ketika melakukan penyiasatan, tugas mereka diganggu (tahun 2015) oleh p...

UMNO SUDAH JADI PAPA KEDANA?

Image
Adakah UMNO sudah papa kedana ketika ini? Baru tidak sampai sebulan kehilangan kuasa dalam kerajaan yang dipegang sejak lebih 60 tahun lalu, UMNO kini seolah-olah sudah hilang daya untuk menggerakkan parti itu dengan menamatkan serta-merta penyaluran kewangan bulanannya yang lazim diterima sebelum ini. Dalam surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor, ia menyebut setelah meneliti kedudukan kewangan, parti ingin memaklumkan yang mana penyaluran peruntukan   bulanan kepada pihak Bahagian dan Pergerakan Sayap-sayap Bahagian terpaksa ditamatkan bermula Mei 2018. Dalam surat itu juga meminta agar pihak Bahagian dan Pergerakan Sayap-sayap Bahagian dapat meneruskan pengoperasian parti seperti kebiasaan meskipun tanpa peruntukan tersebut. Kenapa hanya baru tidak sampai sebulan kehilangan kuasa, UMNO tiba-tiba sudah jadi miskin dan papa kedana sehingga tidak mampu lagi menyalurkan peruntukan bulanan kepada bahagian dan sayap-sayap?...

MULUT CERITA NASIB BANGSA

Image
Lihat masyarakat kita hari ini. Perpecahan makin kuat. Kita gemar bertelagah. Dari agamawan, yang berpendidikan sampailah yang kelas paling rendah. Semuanya berbalah. Orang agama masih tak habis bergaduh sesama sendiri mencela golongan yang tidak sependapat. Sudah lah mencela, di bawakan pula sentimen kebencian dan budaya melabel pada pengikutnya. Pecah belah semua. Sana sesat sini sesat. Semuanya mengaku bawa jalan Nabi tapi akhlak kelaut. Orang politik jangan cakap lah. Masing-masing ada pengikut yang memandang pada kepentingan. Lahir pula golongan cybertroopers yang zalim dan sangat bangsat. Mereka-reka fitnah dan cuba belagak pandai nak mengajar-ngajar masyarakat dengan hawa nafsu busuk berkiblatkan parti politik. Bergaduh lah sesama kita. Berlaga fitnah tanpa pernah fikir untuk membawa ilmiah. Dibawahan pula kita lihat NGO-NGO melayu yang bersepah. Jumlahnya beribu. Kebanyakannya melayu. Ada bersongkok, berkopiah, rambut panjang, rambut kuning, takda rambut pun a...

JANGAN DIBIAR TERLALU LAMA

Image
Berbual-bual dengan anak-anak muda yang pertama kali mengundi, tetapi belum mempunyai pekerjaan, kadang-kadang memberikan kita perspektif yang berbeza mengenai pemikiran mereka. Memang golongan ini merupakan antara penyumbang kepada kejayaan Pakatan Harapan menumbangkan BN, tetapi tersingkirnya Datuk Seri Najib Razak daripada persada kuasa seakan-akan belum lagi mencukupi bagi anak-anak muda itu. Mereka kini tidak sabar menunggu bila lagi Najib akan didakwa serta apakah bentuk hukuman yang bakal diterimanya. Kata mereka, Najib bukan saja patut disingkirkan dan seterusnya didakwa serta dihukum kerana skandal 1MDB atau kesalahan-kesalahan yang dilakukannya, tetapi bersekali dengan pembaziran dan kemewahan yang dilakukannya itulah yang menyebabkan mereka sukar mendapat pekerjaan sebaik tamat pengajian. Mereka rata-ratanya gembira dengan tiada lagi Najib tinggal di Seri Perdana, sambil berharap selepas ini ada cahaya yang akan menyuluhi laluan masa depan mereka. Pem...

BENAR BAGAI DIJANGKA

Image
Bukan puluhan atau ratusan ribu ringgit tapi ratusan juta! Maka sewajarnyalah kira-kira yang raja buat itu demi kebaikan rakyat jelata dan bila ada raja, ada lah permaisurinya. Pada 9 Mei rakyat jelata telah membuat keputusan. Mereka memilih Pakatan Harapan (HARAPAN) yang antara lain, menjanjikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri dan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri. Kini sudah lebih 20 hari kerajaan baru HARAPAN mentadbir. Alhamdulillah segala-galanya berlaku dalam suasana aman damai walaupun ada saat-saat yang mencemaskan. Jadi janganlah ada mana-mana pihak – dari mahligai yang bergemerlapan kepada lorong belakang yang hanyir dan gelap – cuba mencabar kesahihan kuasa rakyat. Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ditajukberitakan sebagai berkata beliau bimbang dengan perbezaan pendapat dalam HARAPAN. Saya katakan begini kepada sahabat lama saya itu: Jangan sekadar bimbang saja. Sebagai orang tu...

MARUAH, INTEGRITI, DEDIKASI PENGORBANAN DAN PERSEPSI 'BOLEH KOWTIM’?

Image
Dua pegawai kanan polis yang masing-masing berpangkat Asisten Komisioner dan Asisten Superintendan itu berkhidmat di bahagian Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG) Bukit Aman ditahan SPRM. Lebih RM1.26 juta wang tunai ditemui, RM341,000 di bengkel kereta, RM700,000 ditemui sebuah kondominium milik seorang daripada pegawai berkenaan dan lagi RM225,000 ditemui di pejabat STAGG di Pusat Latihan (PULAPOL) Kuala Lumpur. Hari ini, seorang lagi anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, ditahan berhubung kes rasuah bernilai RM4,500 berkaitan pendatang asing tanpa izin (PATI). Baik, antara rasuah, stress dan pengorbanan... Menjadi anggota polis, sama ada di Batang Lupar, Sarawak atau di Los Angeles, Amerika Syarikat, dari Tasek Malaya, Indonesia membawa ke Vladivostok, Rusia - bukan satu pekerjaan yang mudah. Selain menjadi sasaran penjenayah, mereka juga menjadi sasaran 'persepsi' daripada...

MELAYU KITA MASIH TAKUT-TAKUT

Image
Kita bangsa yang selalu bercerita tentang nasib bangsa. Kita bangsa yang selalu bercerita tentang mempertahankan agama. Masuk pula tentang tanah air, lagi bengis kita di buatnya. Pantang betul bila ada orang permainkan 3 perkara ni. Nak taknak, akan ada yang melantun, kemudian diikutilah ramai suara yang lain. Ini biasa. Melayu tak pandai mula dulu. Kena ada sorang yang bersuara, lepas tu diikuti seorang dua, kemudian baru lah ramai-ramai akan bersama. Kita masih takut-takut. Kita masih dengan sopan santun. Kita masih kuat pegang pada jaga hati orang. Kita takut orang terasa hati dengan kita. Kita risau orang pandang kita ini penentang. Kita risau orang pandang kita ini asing. Bukan main risau nak mampos. Padahal bini kita setia dekat rumah dan kita keluar berjimak dengan betina lain tu kita tak pernah kisah pun pasal hati bini kita. Lalu kita pilih jadi orang yang pekak dan serba salah. Kita benci sesuatu tindakan yang dilakukan guru kita, bagi kita tinda...