TIKUS JATUH KE BERAS?

Apa sebenarnya yang mereka mahu? Itulah persoalan yang bermain di fikiran… Teknik pengecut yang masih subur di kalangan orang politik untuk menyerang agensi penguat kuasa di negara ini… Dan biasanya ia akan datang dengan label-lebel negatif. Kepada semua penyokong politik..tidak kiralah sesiapapun… Kalau benar semua benci rasuah dan salah guna kuasa serta ada dalam kalangan mereka sering menggambarkan merekalah paling bersih di muka bumi Allah ini, kenapakah mahu mengganggu dan mempersoalkan tugas SPRM? Mungkin kerana kebosanan di dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) maka ada penyokong politik mula menyalak mengkritik SPRM sana sini tetapi tidak satu pun bukti diberikan. Mereka seolah-olah menjadi hero kononnya mereka sajalah yang pandai menyelesaikan isu mengikut selera politiknya… Dituduh pula agensi penyiasat berkaitan ‘tikus’… ABJ sangat yakin setiap siasatan yang dibuat oleh SPRM atas kepentingan awam dan bukan menyasarkan pihak tertentu yang kita y...