WARTAWAN RAKYAT VS WARTAWAN TRADISIONAL

Minggu lepas ABJ hadhiri dua siri dari program Jelajah Pakatan Harapan. Kesimpulan utama yang ABJ boleh buat ialah media tradisional sudah hilang monopoli penyebaran maklumat. Disebalik ceramah-ceramah yang mendapat sambutan hangat dari masyarakat berbilang kaum, jelas kelihatan segolongan besar yang hadhir juga mempraktikan satu naluri manusia biasa iaitu menyebarkan pula apa yang mereka alami dikedua ceramah itu. Panggillah ia tular ke, bular ke atau apapun, yang jelas ialah kewartawanan rakyat sudah mengenepikan wartawan berita tradisional. Nampaknya para pengguna media sudah tidak lagi membenarkan polisi redaksi (editorial policy) untuk menentukan apa yang mereka mesti baca dan tonton. Mereka sebaliknya sudah mengambil keputusan, 'BIAR KAMI YANG CARI BERITA SENDIRI' . Itulah sebabnya walaupun berbagai cara diambil oleh media tradisional khususnya yang pro-kerajaan untuk memperlekehkan program ceramah ini, tetap beribu-beribu rakyat yang hadhir. ...