JEMBALANG, BERITA PALSU DAN PROPAGANDA

Sejak beberapa hari kebelakangan ini, muncul satu jembalang yang dikatakan sangat menakutkan. Sangat bahaya kepada negara dan rakyat jelata. Darjah bahayanya memaksa banyak pihak bercakap tentang jembalang ini. Jembalang yang dimaksudkan ialah berita palsu. Pada zaman moden apa lagi semakin hampir dengan pilihan raya, berita palsu diangkat sebagai jembalang yang mesti diperangi oleh semua pihak; pihak kerajaan dan penentangnya. Selepas mengikuti semua pandangan, sesuailah dipanggil jembalang kerana semuanya menolak jembalang ini. Joseph Goebbels (kanan) dan Hitler Sesuatu yang palsu wujud selepas tidak wujud lagi yang asli. Yang palsu selalunya menggantikan yang asli dalam satu vakum. Maka untuk mengekang atau membanteras berita palsu perlulah perbanyakkan berita asli. Tujuannya supaya vakum itu terisi dengan yang benar dan asli, tidak ada tempat untuk yang palsu. Bagaimanapun dalam politik, berita yang dikatakan palsu sukar untuk dicegah kerana inilah elemen asas...